Pages

Friday, December 7, 2012

Peratusan

PERATUSAN
  • Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus).
  • Sering ditandai dengan tanda peratus,%.
  • Contoh: 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.
  • Juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain.
  • Contoh: Pertambahan $0.15 pada satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan sebanyak 0.15 / 2.50 = 0.06 Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.
  • Konsep asas yang perlu diingat apabila melakukan pengiraan dengan peratusan bahawa simbol peratus boleh dianggap sebagai bersamaan dengan bilangan tulen malar 1 / 100 = 0.01, misalnya 35% daripada 300 boleh ditulis sebagai (35/100) × 300 =105.

MENUKAR PERATUSAN KEPADA PECAHAN
  • Jika anda diberi 45%, ia perlu diterjemahkan kepada 45 daripada 100 atau 45 / 100.
  • Pecahan ini boleh dipermudahkan kepada 9 / 20.
  • Apabila diberi peratusan yang mengandungi perpuluhan seperti 25.5%, anda juaga mengikut prosedur yang sama.
  • Tukar 25.5% kepada 25.5 / 100.
  • Gerakkan tempat perpuluhan ke kanan dalam pemgangka dan penyebut sehingga anda dapat menghilangkan pecahan perpuluhan. Oleh itu 25.5 / 100 menjadi 255 / 1000. Permudahkan 255 / 1000 = 51 / 200.
  • Kadangkala, peratusan adalah kurang daripada 1. Oleh itu 0.7% = 0.7 / 100 = 7 / 1000
  • Kadangkala peratus adalah lebih besar daripada 100. Oleh itu, 125% = 125 / 100 = 1 25/100 = 1 1 / 4.
  • Dalam kes ini, kita tukarkan peratusan kepada pecahan tidak wajar, kemudian kepada nombor bercampur, kemudian kita permudahkan.
MENUKAR PERATUSAN KEPADA PERPULUHAN
  • Peratus bermaksud "per 100", jadi 50% bererti 50 per 100, atau 50/100.
  • Jika anda membahagikan 50 dengan 100 anda akan mendapat 0.5 (nombor perpuluhan).
  • Untuk menukar dari peratus kepada perpuluhan: bahagikan dengan 100, dan membuang tanda "%".
  • Cara mudah untuk dibahagikan dengan 100 adalah untuk menggerakkan titik perpuluhan 2 tempat ke kiri, jadi:   



5 comments:

ZhengXiang Wang said...

Cikgu, nota ini sangat berguna.
Thank You!

Evellin Wang said...

This note also very nice (^.^)

Liaw Lih Ling said...

ZhengXiang, you are welcome...

Evellin, thanks for your comment~

Muhammad Isyraf said...

you are the best!!!! this note is very nice!!! thank you!!! :D

Sharizan Sarian said...

bagaimana ingin menukarkan 401 peratus kepada pecahan

My Music