Rumus Isipadu untuk kuboid (cuboid)
Wednesday, December 26, 2012
Wednesday, December 12, 2012
Perpuluhan
PERPULUHAN
MENUKARKAN PERPULUHAN KEPADA PERATUSAN
Pautan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perpuluhan
http://www.mathsisfun.com/converting-decimals-percents.html
http://www.mathsisfun.com/converting-decimals-fractions.html
- Sistem angka
perpuluhan ialah sistem angka yang
menggunakan sepuluh sebagai asas.
- Ia merupakan sistem angka yang
paling banyak digunakan, mungkin kerana manusia mempunyai sepuluh jari di
tangan.
- Perpuluhan juga merujuk kepada
pecahan perpuluhan, sama ada secara berasingan atau berbeza dengan pecahan
kasar.
- 0.75, 0.2, 1.25 dan 0.006
merupakan contoh-contoh perpuluhan.
MENUKARKAN PERPULUHAN KEPADA PECAHAN
- Tuliskan perpuluhan dibahagikan dengan 1, seperti ini:
perpuluhan / 1
- Darabkan bahagian atas dan bahagian bawah sebanyak 10
bagi setiap nombor selepas titik perpuluhan. (Sebagai contoh, jika
terdapat dua nombor selepas titik perpuluhan, maka darabkan dengan 100,
jika terdapat tiga, darabkan dengan 1000, dan lain-lain.)
- Permudahkan pecahan.
- Contoh: Ungkapkan 0.75 sebagai pecahan. Tuliskan 0.75
dibahagikan oleh 1 = 0.75/1
- Darab bahagian atas dan bawah oleh 100 (ada 2 angka
selepas titik perpuluhan supaya adalah 10 × 10 = 100). Oleh itu, 0.75/1 =
75/100
- Permudahkan pecahan tersebut: 75/100 = 3/4.
MENUKARKAN PERPULUHAN KEPADA PERATUSAN
- Untuk menukar dari perpuluhan
peratus, darabkan perpuluhan dengan 100, tetapi ingat untuk meletakkan
tanda "%" supaya orang tahu ia adalah per 100.
- Cara mudah untuk mendarabkan
dengan 100 adalah untuk menggerakkan titik perpuluhan 2 tempat ke kanan.
Oleh itu:
Pautan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perpuluhan
http://www.mathsisfun.com/converting-decimals-percents.html
http://www.mathsisfun.com/converting-decimals-fractions.html
Cara menyebut nombor perpuluhan
Perpuluhan sangat mirip dengan pecahan.
Perbezaannya ialah bahagian penyebutnya selalunya
hanya melibatkan nombor-nombor 10, 100, 1000 dan lain-lain. Dalam
perpuluhan, symbol titik (.) digunakan. Simbol titik ini bertujuan
untukmemisahkan angka perpuluhan daripada setiap nombor bulat di
sebelah kiri titik perpuluhan.
Dalam menulis dan penyebut perpuluhan, satu perkara yang harus ditekan ialah nombor bulat iaitu nombor yang terletak di sebelah kiri titik perpuluhan dibaca seperti biasa seperti satu, sepuluh, seratus sebaliknya nombor yang terletak di sebelah kanan titik perpuluhan iaitu nombor perpuluhan dibaca satu persatu seperti enam, satu enam, enam dua satu. Lihat contoh:
Dalam menulis dan penyebut perpuluhan, satu perkara yang harus ditekan ialah nombor bulat iaitu nombor yang terletak di sebelah kiri titik perpuluhan dibaca seperti biasa seperti satu, sepuluh, seratus sebaliknya nombor yang terletak di sebelah kanan titik perpuluhan iaitu nombor perpuluhan dibaca satu persatu seperti enam, satu enam, enam dua satu. Lihat contoh:
Contoh-contoh lain:
0.4 - dibaca sifar perpuluhan empat
0.4 - dibaca sifar perpuluhan empat
0.04 - dibaca sifar perpuluhan sifar empat
1.4 - dibaca satu perpuluhan empat
1.14 - dibaca satu perpuluhan satu empat
11.14 - dibaca sebelas perpuluhan satu empat
Friday, December 7, 2012
Peratusan
PERATUSAN
- Peratusan ialah cara menyatakan
nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per
seratus).
- Sering ditandai
dengan tanda peratus,%.
- Contoh: 45% (dibaca sebagai
"empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.
- Juga digunakan untuk
menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti
yang lain.
- Contoh: Pertambahan $0.15 pada
satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan
sebanyak 0.15 / 2.50 = 0.06 Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk
peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.
- Konsep asas yang perlu diingat apabila melakukan pengiraan dengan peratusan bahawa simbol peratus boleh dianggap sebagai bersamaan dengan bilangan tulen malar 1 / 100 = 0.01, misalnya 35% daripada 300 boleh ditulis sebagai (35/100) × 300 =105.
MENUKAR PERATUSAN KEPADA PECAHAN
- Jika anda diberi 45%, ia perlu
diterjemahkan kepada 45 daripada 100 atau 45 / 100.
- Pecahan ini boleh dipermudahkan
kepada 9 / 20.
- Apabila diberi peratusan yang
mengandungi perpuluhan seperti 25.5%, anda juaga mengikut prosedur yang
sama.
- Tukar 25.5% kepada 25.5 / 100.
- Gerakkan tempat perpuluhan ke
kanan dalam pemgangka dan penyebut sehingga anda dapat menghilangkan
pecahan perpuluhan. Oleh itu 25.5 / 100 menjadi 255 /
1000. Permudahkan 255 / 1000 = 51 / 200.
- Kadangkala, peratusan adalah
kurang daripada 1. Oleh itu 0.7% = 0.7 / 100 = 7 / 1000
- Kadangkala peratus adalah lebih
besar daripada 100. Oleh itu, 125% = 125 / 100 = 1 25/100 = 1 1 / 4.
- Dalam kes ini, kita tukarkan peratusan kepada pecahan tidak wajar, kemudian kepada nombor bercampur, kemudian kita permudahkan.
MENUKAR PERATUSAN KEPADA PERPULUHAN
- Peratus bermaksud "per
100", jadi 50% bererti 50 per 100, atau 50/100.
- Jika anda membahagikan 50
dengan 100 anda akan mendapat 0.5 (nombor perpuluhan).
- Untuk menukar dari peratus
kepada perpuluhan: bahagikan dengan 100, dan membuang tanda "%".
- Cara mudah untuk dibahagikan dengan 100 adalah untuk menggerakkan titik perpuluhan 2 tempat ke kiri, jadi:
Pautan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peratusan
http://www.mathsisfun.com/converting-percents-decimals.html
http://www.learningwave.com/lwonline/percent/converting_fract.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peratusan
http://www.mathsisfun.com/converting-percents-decimals.html
http://www.learningwave.com/lwonline/percent/converting_fract.html
Sunday, November 11, 2012
Pecahan
PECAHAN
(b) Nombor Bercampur
(i) Nombor bercampur boleh ditukar menjadi pecahan tak wajar dalam tiga langkah:
(c) Pecahan Setara
(d) Salingan dan "Penyebut Halimunan"
MENUKAR PECAHAN KEPADA PERATUSAN
MENUKAR PECAHAN KEPADA PERPULUHAN
- MAKSUD : Nombor yang mewakili
sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.
- Mengikut sejarah, "pecahan"
merujuk kepada sebarang nombor yang tidak mewakili keseluruhan.
- Nombor yang kini dipanggil
"perpuluhan", asalnya dikenali sebagai "pecahan
perpuluhan"
- Nombor yang kini dipanggil
"pecahan", asalnya dikenali sebagai "pecahan
kasar".
- "kasar"
(vulgar) bermaksud "biasa" (commonplace).
- Digunakan apabila penyebutnya
kecil.
- Pecahan biasa atau kasar
biasanya ditulis dalam satu pasangan nombor, nombor di atas dikenali
sebagai pengangka sementara yang di bawah dikenali
sebagai penyebut.
- Pecahan kasar (atau pecahan biasa) ialah satu nombor nisbah yang ditulis dengan satu integer (pengangka) yang dibahagikan dengan satu integer bukan sifar (penyebut)
(ii) Pecahan Wajar
- Pecahan kasar akan menjadi pecahan wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah kurang dari nilai mutlak penyebut; yang menjadikan nilai mutlak keseluruhan pecahan kurang daripada 1.
(iii) Pecahan Tak Wajar
- Pecahan kasar akan menjadi pecahan tak wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah lebih besar atau sama dengan nilai mutlak penyebut (Contoh: 8⁄5)
(b) Nombor Bercampur
- Campuran nombor bulat dan
pecahan wajar.
- Penambahan ini dinyatakan tanpa
menggunakan tanda operasi seperti "+".
- Contoh: 2+ 3/4 = 2 3/4
- Satu pecahan tak wajar boleh
digunakan untuk menyatakan satu nombor bercampur.
- Contoh: 4/4 + 4/4 + 3/4 = 11/4 boleh ditulis sebagai 2 3/4.
(i) Nombor bercampur boleh ditukar menjadi pecahan tak wajar dalam tiga langkah:
- Darabkan nombor bulat dengan
penyebut pecahan.
- Tambah pengangka pecahan pada
hasil darab di atas.
- Hasil tambah langkah 2 adalah pengangka untuk pecahan (tak wajar) baru, dengan penyebut 'baru' nya kekal sama dengan penyebut untuk pecahan asal nombor bercampur.
(ii) Pecahan tak wajar juga boleh ditukar menjadi nombor bercampur:
- Bahagikan pengangka dengan
penyebut.
- Hasil bahagi (tanpa baki)
menjadi nombor bulat manakala bakinya menjadi pengangka untuk pecahan.
- Penyebut baru untuk pecahannya
adalah sama dengan pecahan tak wajar yang asal.
(c) Pecahan Setara
- Dengan mendarab pengangka dan
penyebut sesuatu pecahan dengan nombor yang sama (bukan sifar), hasil
pecahan yang baru adalah setara dengan pecahan asal.
- Perkataan setara bermaksud
kedua-dua pecahan memiliki nilai yang sama yang mengekalkan integriti yang
sama - Perimbangan dan perkadaran yang sama.
- Contohnya, untuk pecahan :
apabila kedua-dua pengangka dan penyebut didarab dengan 2, hasilnya adalah 2/4 , yang memiliki nilai yang sama
(0.5) dengan 1/2.
- Membahagikan pengangka dan
penyebut dengan nombor (bukan sifar) yang sama juga menghasilkan pecahan
setara.
- Ia dikenali sebagai
mengurangkan atau memudahkan pecahan.
- Satu pecahan yang pengangka dan
penyebutnya tidak mempunyai faktor yang sama (selain 1) dianggap tidak
boleh dimudahkan dan berada dalam bentuk termudah atau sebutan
terendah.
- Contoh 3/9 bukanlah satu pecahan
termudah kerana 3 dan 9 mempunyai faktor yang sama iaitu 3.
Sebaliknya, 3/8 ialah pecahan termudah
kerana satu-satunya faktor untuk 3 dan 8 ialah 1.
(d) Salingan dan "Penyebut Halimunan"
- Salingan sesuatu pecahan ialah
pecahan dengan pengangka dan penyebutnya diterbalikkan.
- Contohnya, salingan untuk 3/7, ialah 7/3.
- Oleh kerana hasil bahagi
sebarang nombor dengan 1 adalah sama dengan nombor itu, nombor bulat juga
boleh ditulis dalam pecahan dengan menggunakan 1 sebagai penyebut: 17
= 17/1 (kadang-kadang 1 dirujuk
sebagai "penyebut halimunan").
- Kecuali untuk sifar, setiap
pecahan atau nombor bulat memiliki satu salingan.
- Salingan untuk 17 ialah 1/17.
MENUKAR PECAHAN KEPADA PERATUSAN
- Untuk menukar pecahan kepada
peratusan, pecahan tersebut perlu didarabkan dengan seratus peratus.
- Contoh: 1/4 x 100% = 25%
MENUKAR PECAHAN KEPADA PERPULUHAN
- Bagi menukar pecahan kepada
perpuluhan, pengangka perlu dibahagikan dengan penyebut.
- Contoh: 1/4 = 1 ÷ 4 = 0.25
Wednesday, November 7, 2012
Nombor Bulat
Nombor
Bulat
Pada akhir pelajaran,
pelajar haruslah :
1. Membilang, membaca
dan menulis nombor bulat
2. Memberi nilai
tempat dan nilai digit
3. Membundarkan nombor
NOMBOR
BULAT
0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, … , 99, 100, 101, …
0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, … , 99, 100, 101, …
Contoh 1: Menulis
nombor dalam perkataan
253703548
Penyelesaian:
Dua
ribu lima ratus tiga juta, tujuh ratus tiga ribu, lima ratus empat puluh lapan
Contoh 2: Menulis perkataan dalam nombor
Sembilan ratus lapan ribu seratus empat puluh
Penyelesaian:
908140
2. Memberi Nilai Tempat dan Nilai Digit
Setiap digit dalam suatu nombor bulat
mewakiliti satu nilai yang tertentu mengikut nilai tempat digit itu.
Contoh : 2437658
2=juta
4=ratus ribu
3=puluh ribu
7=ribu
6=ratus
5=puluh
8=sa
Contoh soalan:
Nyatakan nilai tempat dan nilai digit yang bergaris dalam setiap nombor berikut.
(a) 27 634
(b) 6 890 375
Penyelesaian:
(a) Nilai tempat bagi digit 2 ialah puluh ribu. Nilai digit 2 ialah 20 000.
(b) Nilai tempat bagi digit 6 ialah juta. Nilai digit 6 ialah 6 000 000.
3. Membundarkan nombor
Dalam kehidupan harian, kadangkala kita menganggarkan suatu nilai dengan membundarkan nilai tersebut. Misalnya, harga sebuah kereta ialan RM81999. Harga ini dikatakan lebih kurang RM82000. Nombor 81999 menjadi 82000 apabila dibundarkan kepada ribu yang hampir sebagai anggaran harga bagi kereta itu.
Contoh:
Bundarkan 957 384 kepada
(a) ribu yang hampir
(b) puluh ribu yang hampir
Penyelesaian (a)
Dalam nombor 957 384, digit yang berada di nilai tempat ribu ialah 7. Nombor di sebelah kanan 7 ialah 3 iaitu kurang daripada 5. Maka, kekalkan 7, gantikan 3, 8 dan 4 dengan 0.
Jawapan = 957 000
Penyelesaian (b)
Dalam nombor 957 384, digit yang berada di nilai tempat puluh ribu ialah 5. Nombor di sebelah kanan 5 ialah 7 iaitu lebih daripada 5. Maka, tambah 1 pada 5, gantikan 7, 3, 8 dan 4 dengan 0.
Jawapan = 960 000
Nyatakan nilai tempat dan nilai digit yang bergaris dalam setiap nombor berikut.
(a) 27 634
(b) 6 890 375
Penyelesaian:
(a) Nilai tempat bagi digit 2 ialah puluh ribu. Nilai digit 2 ialah 20 000.
(b) Nilai tempat bagi digit 6 ialah juta. Nilai digit 6 ialah 6 000 000.
3. Membundarkan nombor
Dalam kehidupan harian, kadangkala kita menganggarkan suatu nilai dengan membundarkan nilai tersebut. Misalnya, harga sebuah kereta ialan RM81999. Harga ini dikatakan lebih kurang RM82000. Nombor 81999 menjadi 82000 apabila dibundarkan kepada ribu yang hampir sebagai anggaran harga bagi kereta itu.
Contoh:
Bundarkan 957 384 kepada
(a) ribu yang hampir
(b) puluh ribu yang hampir
Penyelesaian (a)
Dalam nombor 957 384, digit yang berada di nilai tempat ribu ialah 7. Nombor di sebelah kanan 7 ialah 3 iaitu kurang daripada 5. Maka, kekalkan 7, gantikan 3, 8 dan 4 dengan 0.
Jawapan = 957 000
Penyelesaian (b)
Dalam nombor 957 384, digit yang berada di nilai tempat puluh ribu ialah 5. Nombor di sebelah kanan 5 ialah 7 iaitu lebih daripada 5. Maka, tambah 1 pada 5, gantikan 7, 3, 8 dan 4 dengan 0.
Jawapan = 960 000
Subscribe to:
Posts (Atom)