- Peratusan ialah cara menyatakan
nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per
seratus).
- Sering ditandai
dengan tanda peratus,%.
- Contoh: 45% (dibaca sebagai
"empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.
- Juga digunakan untuk
menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti
yang lain.
- Contoh: Pertambahan $0.15 pada
satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan
sebanyak 0.15 / 2.50 = 0.06 Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk
peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.
- Konsep asas yang perlu diingat apabila melakukan pengiraan dengan peratusan bahawa simbol peratus boleh dianggap sebagai bersamaan dengan bilangan tulen malar 1 / 100 = 0.01, misalnya 35% daripada 300 boleh ditulis sebagai (35/100) × 300 =105.
MENUKAR PERATUSAN KEPADA PECAHAN
- Jika anda diberi 45%, ia perlu
diterjemahkan kepada 45 daripada 100 atau 45 / 100.
- Pecahan ini boleh dipermudahkan
kepada 9 / 20.
- Apabila diberi peratusan yang
mengandungi perpuluhan seperti 25.5%, anda juaga mengikut prosedur yang
sama.
- Tukar 25.5% kepada 25.5 / 100.
- Gerakkan tempat perpuluhan ke
kanan dalam pemgangka dan penyebut sehingga anda dapat menghilangkan
pecahan perpuluhan. Oleh itu 25.5 / 100 menjadi 255 /
1000. Permudahkan 255 / 1000 = 51 / 200.
- Kadangkala, peratusan adalah
kurang daripada 1. Oleh itu 0.7% = 0.7 / 100 = 7 / 1000
- Kadangkala peratus adalah lebih
besar daripada 100. Oleh itu, 125% = 125 / 100 = 1 25/100 = 1 1 / 4.
- Dalam kes ini, kita tukarkan peratusan kepada pecahan tidak wajar, kemudian kepada nombor bercampur, kemudian kita permudahkan.
MENUKAR PERATUSAN KEPADA PERPULUHAN
- Peratus bermaksud "per
100", jadi 50% bererti 50 per 100, atau 50/100.
- Jika anda membahagikan 50
dengan 100 anda akan mendapat 0.5 (nombor perpuluhan).
- Untuk menukar dari peratus
kepada perpuluhan: bahagikan dengan 100, dan membuang tanda "%".
- Cara mudah untuk dibahagikan dengan 100 adalah untuk menggerakkan titik perpuluhan 2 tempat ke kiri, jadi:
Pautan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peratusan
http://www.mathsisfun.com/converting-percents-decimals.html
http://www.learningwave.com/lwonline/percent/converting_fract.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peratusan
http://www.mathsisfun.com/converting-percents-decimals.html
http://www.learningwave.com/lwonline/percent/converting_fract.html
8 comments:
Cikgu, nota ini sangat berguna.
Thank You!
This note also very nice (^.^)
ZhengXiang, you are welcome...
Evellin, thanks for your comment~
you are the best!!!! this note is very nice!!! thank you!!! :D
bagaimana ingin menukarkan 401 peratus kepada pecahan
Bundarkan 18.307 kepada perseratus yang terdekat
kalau 425% tukar kepada pecahan
Thank you that help my browser complete
Post a Comment